Sunday, 28 July 2019

Terima kasih

Jumaat malam minggu lepas, tak masak. Bawa anak-anak keluar makan McD.

Dah selesai makan, nak masuk kereta...

KakChik : Terima kasih mama, sebab belanja kitorang makan McD.
Mama : Sama-sama. Terima kasih juga sebab jadi anak-anak mama yang baik.
BangNgah : BangNgah hanya akan berterimakasih betul-betul kalau mama bawa kitorang tidur hotel.

Anak-anak zaman sekarang. 😔

Tuesday, 23 July 2019

Baju labuh

Mama bersenam, ikut youtube



Sekali Adik cakap, "mama, dia ni takde baju labuh ke?"

Note to self: Cari video yang sopan sikit.

Monday, 22 July 2019

Peringatan buat diri sendiri

Manusia ni sifatnya memang berubah.

Manusia juga boleh membuat pilihan.

Jadi kenalah beringat untuk membuat pilihan yang membuat kita berubah menjadi yang lebih baik.

Friday, 19 July 2019

Romantik cara dia.

Adik yang tidur satu bilik dengan kakchik asyik terbangun tengah malam. Kejut abah suruh temankan tidur.

Kalau adik tak tidur siang, lagi teruk keadaannya. Malam akan meracau menangis. Menangis yang payah berhenti.

Aku kerap kali cakap biar aku tidur tempat suamiku, sebab tempatnya dekat dengan pintu masuk bilik. Anak-anak akan kejut abahnya di tengah malam disebabkan itu. Tapi suamiku jawab. Biarlah, kamukan kena memandu jauh untuk kerja. Nanti kamu tak cukup tidur.

Ku jatuh cinta lagi.

Episod bangun tengah malam ni ingatkan sebab lapar. Bagi makan kenyang pon memang terjaga tengah malam. Aku ingat lagi, dulu Bang Ngah. Selepas itu KakChik. Ni giliran adik pula.

Nikmati masa-masa sibongsu sebagai anak kecil kami sebelum masuk tadika tahun depan.

Wednesday, 17 July 2019

Lawatan

Mama : BangLong mama rasa kamu tak payahlah ikut lawatan ke Kedah tu. Mama risau jauh sangat.
BangLong : BangLong masa mula-mula rasa memang nak pergi, tapi lepas Adam cakap tu BangLong tak jadi nak pergi.
Mama : Adam cakap apa?
BangLong : Adam kata, nanti BangLong susah nak kencing. Nak kecing nanti malu nak cakap dengan cikgu.

Mama tergelak.

Mama : Betullah tu, kamu tu dahlah kuat kencing.

Terima kasih Adam😁

Tuesday, 16 July 2019

Yang tak patut ditanya

Semasa breakfast pagi tadi:

KakChik: Mama, tahi lembu warna apa?
Mama    : Warna kelabu
KakChik: Tahi anjing?
Mama    : hitam
KakChik: Tahi anjing?
Mama    : hitam

Mama dah mula kembang tekak. Haih budak ni.

Mama: Dahla tanya pasal tu.
KakChik: Mama, kat sekolah semalam kan, Rayyan muntah.

Aduhaiii anak.

Sunday, 14 July 2019

Anak

Dulu selalu dengar anak jiran sebelah je. Kawan-kawannya memanggil ajak main.

Ni aku pulak merasa. Bila kita tak bagi keluar, tapi kawan-kawan dah memanggil.

Haih.