Monday, 14 October 2019

Spek baru

Hari ni hari pertama bekerja memakai spek baru.

Semasa tengah bersiap, Adik cakap. Mama, muka mama nampak tualah dengan spek baru ni.

Hadoiii

Tuesday, 8 October 2019

Zebra

BangNgah: Mama, pernah tak jumpa zebra kat dalam rumah kita?

Mama: Zebra kat zoo pernahlah.

BangNgah: BangNgah pernah jumpa. Zip dan Bra

😆

mama gemuk

Tajuk tidak ada kena mengena dengan isi cerita.

Mama bersenam, ikut youtube...

BangNgah : Baik mama pergi gym je.

Mama: Kalau mama pergi gym, kena bayar. Lagipon siapa nak masak makan malam.

KakChik : Abahlah. Dahlah abah masak tak sedap.

Mama : Tak baik cakap macam tu, nanti abah taknak masak kang baru tau.

KakChik : Yerlah. Abah masak sedap