Hari ni emasi tak stabil. Siap cakap dengan suami, nak cuti jadi ibu dan anak. nak pergi bercuti sorang-sorang.
Memang tak dilayanlah permintaanku ini.
Stress rasa, ntah apa kena. PMS barangkali.
Rasanya sebab penat pergi kerja. Selalu macam ni kalau tau lepas ni nak cuti lama-lama.
Ah, macam-macam alasan aku bagi.
Istighfar banyak-banyak.
Thursday, 29 August 2019
gemuk
Yer, dengan ketinggian 150cm dan berat 60kg. memang tidak sesuai.
Diet selalu kelaut. Cabran menahan nafsu tu tuhan saja tau.

Wednesday, 28 August 2019
anak bujang
Abah : Patutlah abang cari sikat hitam tu tak jumpa. Bang Long bawak pergi sekolah.
Mama : -Gelak tak ingat- Mana abang tau dia bawak pergi sekolah
Abah : Semalam masa nak hantar pergi sekolah, nampak dalam beg dia.
Alahai. Dah 10 tahun ni, bersedialah kami ni nak menghadap transisi zaman ke remaja.

Tuesday, 27 August 2019
Tadi ke semalam
Adik : Mamaaa, tadi semalam kan, ada tikus dekat bumbung rumah atok.
Mama : Tadi ke semalam?
Adik : Tadi semalam, esok pon boleh
hahahahah
Mama : Tadi ke semalam?
Adik : Tadi semalam, esok pon boleh
hahahahah
Monday, 26 August 2019
Maaf
Adik : Mama, mama kena mintak maaf dengan adik.
Mama : Kenapa pulak?
Adik : Sebab mama tak bagi adik main handphone
😂

Thursday, 22 August 2019
masin
hari bekerja minggu ni, untuk breakfast pagi, sudah empat hari kami sarap dengan nasi goreng.
Hari ini termasin sedikit. Sampai tak termakan masinnya tu.
Jemu dah ni agaknya hahahah
Wednesday, 21 August 2019
Thursday, 15 August 2019
Wednesday, 7 August 2019
Batuk
Mama baru baik demam. Tekak gatal. Asal masuk makanan, gatal tekak.
Malam tadi masa tengah makan malam...
Mama : 'Batuk' ya allah gatalnya tekak mama ni, makan nasi batuk, makan nasi batuk.
Adik : Adik makan nasi rasa kenyang.
Abah tahan senyum

Saturday, 3 August 2019
Penyesalan
Menyesal rasa beli pokok ni. Sakit belakang angkat beratnya pokok ni. Macam mana ni, sebab ada kalanya kena bawak pokok ni duduk luar kenakan matahari.
🤔
🤔
Thursday, 1 August 2019
Pengajaran
Meniti hari-hari kehidupan, banyak yang kita boleh tiru dan ambil iktibar. Yang aku perhati ni, dari matsalleh di pejabat, mahupun matbangla dan matmyanmar di pasar malam kawasan rumah.
Kalau pergi pasar malam, ramailah pendatang asing yang kita jumpa. Yang paling aku kagum ialah, mereka beli banyak sayur-sayuran. Berbondong-bondong datang. Dekat tangan penuh plastik berisi sayur berbanding bahan-bahan protein. Berbeza sungguh bila aku ke pasar. Ayam, ikan yang utama. Sayur tak dibeli pon tak apa.
Lalu aku menanam azam memasak sayur sebagai rutin. Azam ni memang akan di 'refresh' setiap minggu selepas aku ke pasar malam.
Mat salleh di pejabat ini tidak menjadikan telefon bimbit sebagai perkara yang utama. Boleh tutup telefon bimbit tersebut, katanya menggangu masanya. Lagipun tiada orang yang mencari. Beliau juga tiada akaun media sosial. LinkedIn yang memang jatuh hukum harus di syarikat ini pun dia tidak ada.
Bayangkan masa kami menjalani latihan, matsalleh ini dengan selamba menegur salah seorang peserta yang menjawab telefon dalam kelas. Bising dan menganggu konsentrasi katanya.
Ini aku setuju. Sakit juga hati kalau tengok tuan pengerusi mesyuarat sendiri yang main memicit skrin bimbit. Yang paling sakit hati apabila diminta kita mengulang semula perbincangan ketika dia sedang ralit dengan telefon bimbitnya.
Bab kerja juga aku belajar dari matsalleh ni. Kecekapannya, cara pengurusannya. Macam OCD pun ada. Tapi pengakhirannya, apa yang dia buat mendatangkan hasil yang sempurna. Aku juga cuba memperbaiki mutu kerja aku apabila melihat caranya bekerja.
Contoh dalam mesyuarat, sudah disiapkan agendanya. apa yang perlu dibincang. Juga sentiasa menjaga masa mesyurat, agar tidak berlarutan sehingga ke lewat petang. Masing-masing faham yang pekerja ini perlu balik pada masa yang tepat. Kalau kata perbincangan satu jam, satu jam akan habis. Kalau sesekali lewat pon, mereka akan minta izin dulu, boleh atau tidak dilewatkan masa mesyuarat.
Bos aku pun selalu pesan "Family first, work can wait"

Subscribe to:
Comments (Atom)