Meniti hari-hari kehidupan, banyak yang kita boleh tiru dan ambil iktibar. Yang aku perhati ni, dari matsalleh di pejabat, mahupun matbangla dan matmyanmar di pasar malam kawasan rumah.
Kalau pergi pasar malam, ramailah pendatang asing yang kita jumpa. Yang paling aku kagum ialah, mereka beli banyak sayur-sayuran. Berbondong-bondong datang. Dekat tangan penuh plastik berisi sayur berbanding bahan-bahan protein. Berbeza sungguh bila aku ke pasar. Ayam, ikan yang utama. Sayur tak dibeli pon tak apa.
Lalu aku menanam azam memasak sayur sebagai rutin. Azam ni memang akan di 'refresh' setiap minggu selepas aku ke pasar malam.
Mat salleh di pejabat ini tidak menjadikan telefon bimbit sebagai perkara yang utama. Boleh tutup telefon bimbit tersebut, katanya menggangu masanya. Lagipun tiada orang yang mencari. Beliau juga tiada akaun media sosial. LinkedIn yang memang jatuh hukum harus di syarikat ini pun dia tidak ada.
Bayangkan masa kami menjalani latihan, matsalleh ini dengan selamba menegur salah seorang peserta yang menjawab telefon dalam kelas. Bising dan menganggu konsentrasi katanya.
Ini aku setuju. Sakit juga hati kalau tengok tuan pengerusi mesyuarat sendiri yang main memicit skrin bimbit. Yang paling sakit hati apabila diminta kita mengulang semula perbincangan ketika dia sedang ralit dengan telefon bimbitnya.
Bab kerja juga aku belajar dari matsalleh ni. Kecekapannya, cara pengurusannya. Macam OCD pun ada. Tapi pengakhirannya, apa yang dia buat mendatangkan hasil yang sempurna. Aku juga cuba memperbaiki mutu kerja aku apabila melihat caranya bekerja.
Contoh dalam mesyuarat, sudah disiapkan agendanya. apa yang perlu dibincang. Juga sentiasa menjaga masa mesyurat, agar tidak berlarutan sehingga ke lewat petang. Masing-masing faham yang pekerja ini perlu balik pada masa yang tepat. Kalau kata perbincangan satu jam, satu jam akan habis. Kalau sesekali lewat pon, mereka akan minta izin dulu, boleh atau tidak dilewatkan masa mesyuarat.
Bos aku pun selalu pesan "Family first, work can wait"
No comments:
Post a Comment